Program Bubur Lambuk dan Sumbangan Bakul Makanan bersama Komuniti Sri Kota
20 April 2023 | Aktiviti TerkiniPada 19 April 2023, staff PEDi Kota Pekan telah turut serta dalam Program Bubur Lambuk dan Sumbangan Bakul Makanan bersama Komuniti Sri Kota yang berlangsung di Gerai Majlis Kota. Program ini bermula pada pukul 8 pagi sehingga pukul 1 tengahari. Program ini bertujuan untuk mengukuhkan lagi ukhwah antara komuniti Sri Kota. Program dimulakan dengan memasak bubur lambuk dan berakhir dengan pemberian Sumbangan Bakul Makanan oleh Dato’ Seri Dr. Hj. Awaluddin Bin Said sekaligus merasmikan program ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: