DIY Menghasilkan Buku Skrap

4 September 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 03 September 2023, PEDi Kota Pekan telah menjalankan kelas DIY menghasilkan buku skrap bersama-sama pelajar sekolah rendah. Kelas ini bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar di sekitar PEDi Kota Pekan untuk menghasilkan buku skrap bagi tugasan sekolah. Kelas dimulakan dengan pengenalan buku skrap dan pencarian maklumat yang diperlukan untuk diletakkan didalam buku skrap.

Seterusnya peserta perlu memasukkan semua maklumat yang dicari kedalam Microsoft Word. Kelas berlangsung selama 3 jam.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali