Program Desa Cergas dan Sambutan Pra Kemerdekaan Kemas DUN Kota

10 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 09 Ogos 2023, telah berlangsung Program Desa Cergas dan Sambutan Pra Kemerdekaan Kemas DUN Kota di Balairaya Rumah Rakyat Kota. Program ini dimulakan dengan sesi memanaskan badan bersama-sama anak-anak Tabika Kemas DUN Kota sebelum sesi seribu langkah bermula. Antara aktiviti menarik sepanjang program ini adalah pameran daripada agensi kerajaan seperti Pameran Kesedaran Mengenai Aedes dan Denggi daripada Klinik Kesihatan Rembau dan Pameran Jentera Bomba serta Demonstrasi Memadam Api daripada Balai Bomba Kota.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali