Kelas ICT dan Advokasi Penggunaan Internet

14 Mac 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Mac 2023, telah berlangsung kelas ICT Cuti Sekolah untuk kali yang keempat. Kelas ini dihadiri seramai 10 orang pelajar. Kelas terbahagi kepada 2 kategori iaitu kategori Sekolah Rendah dan kategori Tabika. Pada kelas kali ini, pelajar sekolah rendah belajar cara untuk menghasilkan jadual harian menggunakan Microsoft Word. Pelajar belajar cara untuk memasukkan table, merge table, dan mewarnakan table. Bagi pelajar tabika pula, sesi mewarna telah dijalankan menggunakan tablet yang disediakan. Di akhir kelas, advokasi penggunaan internet telah dijalankan dan aktiviti quizizz dijalankan bagi melihat tahap pengetahuan peserta sebagai pengguna internet yang bijak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali