Bengkel Pemasaran Digital Maxis eKelas Usahawan Sesi 2
23 Jun 2023 | Aktiviti TerkiniPada 22 Jun 2023 telah berlangsung Bengkel Pemasaran Digital Maxis eKelas Usahawan bersama Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil (PUPUK) Sesi 2 secara atas talian. Kelas ini telah dihadiri oleh seorang usahawan PEDi Kota Pekan. Kelas ini bertujuan untuk memberi tunjuk ajar kepada usahawan tentang cara untuk menaiktaraf mutu gambar perniagaan melalui telefon pintar. Selain itu, usahawan juga dapat belajar cara untuk menghasilkan gambar iklan yang berkualiti bagi menarik minat pembeli. Bengkel berlangsung selama 3 jam.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: