Program Seminar Remaja 3R (Right, Respect, Responsibility)

18 Januari 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Januari 2023 telah berlangsung Program Seminar Remaja 3R (Right, Respect, Responsibility) yang dianjurkan oleh LPPKN Negeri Sembilan secara atas talian. Program ini bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada remaja tentang bagaimana untuk menjaga kesihatan diri, cara pergaulan yang baik dan kesan jika melakukan aktiviti yang dilarang semasa usia muda.

Program sebegini dapat memberi kesedaran kepada remaja pada masa kini dan dapat memberi informasi tentang tempat-tempat perlindungan yang boleh melindungi diri mereka jika berlakunya sebarang perkara yang tidak diingini seperti hamil luar nikah. Program ini juga dapat memberi informasi mengenai peranan Kafeteen LPPKN yang dapat memberi motivasi dan nasihat kepada para remaja.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali