Mesyuarat Agung dan Sambutan Hari Raya Tabika Kemas Kota Pekan

20 Mei 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Mei 2023, telah berlangsung Mesyuarat Agung dan Sambutan Hari Raya Tabika Kemas Kota Pekan. Staff PEDi Kota Pekan juga telah dijemput untuk memeriahkan majlis tersebut. Majlis dimulakan dengan mesyuarat agung bersama pengerusi Tabika Kemas Kota Pekan iaitu Pn. Hjh. Shaharimah Shaari bersama para guru dan ibu bapa. Selepas itu, majlis diteruskan dengan sambutan hari lahir bagi anak-anak Tabika Kemas Kota Pekan yang lahir pada bulan Januari hingga Jun. Tujuan program ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan sillaturrahim antara guru dan ibu bapa.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali