Guiding on Permohonan Rayuan Haji dan Advokasi Perlindungan Data Peribadi

8 April 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 07 April 2023, staff PEDi Kota Pekan telah membantu seorang guru tabika kemas untuk membuat permohonan rayuan haji secara atas talian. Permohonan rayuan haji ini boleh dilakukan melalui platform dalam talian THiJARI. Peserta perlu mendaftar akaun THiJARI untuk mengemukakan rayuan haji tersebut. Kelas ini dapat meningkatkan kemahiran ICT peserta sekaligus dapat membantu urusan peserta untuk menunaikan haji.

Selepas kelas ini berlangsung, staff PEDi Kota Pekan berkongsi informasi mengenai kepentingan melindungi data peribadi apabila menggunakan sebarang platform atas talian. Peserta diingatkan supaya tidak berkongsi maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan, kata laluan dan alamat rumah. Kelas ini berlangsung selama 2 jam.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali