Permohonan TUNS Online

17 Februari 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Februari 2023, staff PEDi Kota Pekan telah membantu Puan Salmah Binti Hamid untuk memohon Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) bagi perniagaan beliau. Permohonan TUNS 2023 ini merupakan bantuan pembiayaan dalam bentuk geran berjumlah RM 3000 bagi penjaja atau perniaga kecil di Negeri Sembilan. Staff PEDi Kota Pekan telah membantu beliau mendaftar akaun TUNS dan membantu peserta memuat naik dokumen yang diperlukan bagi tujuan permohonan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali