Permohonan TUNS dan Rumah Harapan Negeri Sembilan

17 Februari 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Februari 2023, staff PEDi Kota Pekan telah membantu Encik Mohd Jasmee Bin Mohd Noor untuk memohon Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) bagi perniagaan beliau. Permohonan TUNS 2023 ini merupakan bantuan pembiayaan dalam bentuk geran berjumlah RM 3000 bagi penjaja atau perniaga kecil di Negeri Sembilan.

Staff PEDi Kota Pekan telah membantu beliau mendaftar akaun TUNS dan membantu peserta memuat naik dokumen yang diperlukan bagi tujuan permohonan. Selain itu, staff PEDi Kota Pekan juga membantu peserta memohon Rumah Harapan Negeri Sembilan dengan membantu memuat turun borang permohonan melalui website rasmi Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali