Solusi Perniagaan Melalui Pemasaran Digital oleh FAMA
18 Ogos 2023 | Aktiviti TerkiniPada 17 Ogos 2023, telah berlangsung sesi Latihan Solusi Perniagaan Melalui Pemasaran Digital oleh pihak FAMA. Sesi Latihan dimulai dengan Kelas Pengenalan TikTok yang dikendalikan oleh Rakan Digital PEDi Kg Paya, Port Dickson dan PEDi Templer, Seremban. Kelas ini berlangsung selama 2 jam. Sepanjang sesi latihan ini, peserta dapat belajar cara mendaftar akaun TikTok dan cara menjual produk melalui platform ini.
Selepas itu, sesi taklimat mengenai platform AgroBazaar Online dimulakan dengan pengenalan mengenai platform AgroBazaar. Di dalam sesi taklimat ini peserta dapat mendaftar akaun di platform ini dan dapat bimbingan untuk memasarkan produk mereka secara atas talian dengan sokongan dan bantuan dari pihak FAMA.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: