Basic ICT (Microsoft Word)

17 Julai 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Julai 2023, telah berlangsung kelas asas ICT iaitu kelas pembelajaran menggunakan Microsoft Word. Kelas bermula pada jam 11 pagi hingga jam 12.30 tengahari. Kelas bermula dengan pengenalan fungsi yang terdapat di dalam Microsoft Word seperti memasukkan text, memasukkan gambar, menukar saiz dan jenis tulisan.

Tema bagi kelas kali ini adalah mengenai “Perdana Menteri Malaysia”. Peserta perlu memasukkan maklumat berdasarkan tema yang telah diberi dengan menggunakan semua fungsi yang telah dipelajari. Kelas ini dapat meningkatkan kemahiran ICT peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali