Introduction to Microsoft Word

2 Jun 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 01 Jun 2023, telah berlangsung kelas pengenalan kepada Microsoft Word bagi pelajar Tingkatan 5. Kelas ini bertujuan untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta mengenai fungsi dan komponen yang terdapat di dalam Microsoft Word. Kelas bermula dengan pengenalan mengenai Microsoft Word. Selepas itu, peserta diperkenalkan dengan fungsi di dalam Microsoft Word seperti memasukkan gambar, menukar saiz dan jenis tulisan serta cara memasukkan “table”. Kelas ini berlangsung selama 2 jam.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali