Kelas ICT Cuti Sekolah (Ms Word dan eLearning)

11 Mac 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Mac 2023, telah berlangsung kelas ICT Cuti Sekolah untuk kali yang ketiga. Kelas ini dihadiri seramai 9 orang pelajar. Kelas telah dibahagikan kepada 2 kategori iaitu Kategori Sekolah Rendah dan Kategori Tabika. Bagi kelas Sekolah Rendah, sambungan kelas Microsoft Word pada sesi yang lalu dimulakan. Kali ni mereka belajar cara membuat border dan perlu menaip petikan yang telah diberikan oleh pengajar bagi meningkatkan kemahiran menaip mereka. Bagi kategori Tabika, mereka masih belajar untuk memahirkan penggunaan tetikus dan papan kekunci dengan pembelajaran melalui website abcya.com.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali