Pendaftaran SSM Online (ezBizz)

16 Mac 2023 | Aktiviti Terkini

15 Mac 2023, Staff PEDi Kota Pekan telah membantu seorang usahawan untuk mendaftarkan perniagaan secara atas talian menggunakan laman web ezBizz. Usahawan tersebut dibantu untuk mengisi maklumat – maklumat yang penting dalam borang yang disediakan secara atas talian. Maklumat tersebut akan disahkan terlebih dahulu dan mengambil masa lebih kurang 3 hari bekerja untuk diluluskan. Kesemua maklumat dan lesen SSM akan dihantar secara online ke emel usahawan dan boleh juga diperoleh di dalam laman web ezbizz ssm.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali