STEM – Ais dan Tali

24 Jun 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Jun 2024, telah berlangsung kelas STEM bersama adik-adik pra sekolah. Kelas kali ini bertujuan untuk melihat tindak balas garam bersama ais. Eksperimen dimulakan dengan meletakkan ais kedalam bekas yang berisi air. Kemudian, tali diletakkan di atas ais, dan peserta perlu menaburkan garam ke dalam bekas untuk melihat tindak balas garam kepada ais. Di akhir eksperimen, tali yang diletakkan akan melekat bersama dengan ais kerana garam akan menurunkan takat beku ketulan ais. Kelas berlangsung selama 2 jam.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali