Program Mengenal Komputer Bersama Tabika Kemas Kota Pekan
19 Oktober 2016 | Aktiviti Terkini
Bertarikh 18.10.2016 yang lepas telah berlangsungnya Program Mengenal Komputer bersama adik-adik dari Tabika Kemas Kota Pekan. Program ini secara tidak langsung memberikan pendedahan awal kepada kanak-kanak yang seawal usia 5 tahun bagi mengenal komponen-komponen komputer serta cara penggunaan komputer dengan betul. Pelbagai aktiviti diadakan bagi menarik minat kanak-kanak menggunakan komputer.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah pertandingan mewarna menggunakan komputer dimana dengan adanya pertandingan ini secara tidak langsung akan menarik perhatian kanak-kanak terhadap penggunaan komputer yang lebih efektif dan efisien. Selain itu pertandingan ‘Saya tahu’ juga dijalankan anjuran Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Kota Pekan. Pertandingan ‘Saya tahu’ dijalankan adalah untuk menguji tahap pemahaman kanak-kanak mengenai pembelajaran ABC, nombor dan pengenalan pelbagai jenis haiwan haiwan.
Segala aktiviti yang diadakan mendapat sambutan yang baik daripada semua pelajar Tabika kemas dan Guru-guru yang terlibat . Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Rohani serta staf staf PI Kota Pekan diatas kerjasama dan penglibatan secara langsung sepanjang program diadakan. Semoga generasi kini dapat memanfaatkan lagi penggunaan komputer di masa akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: